Merafak belasungkawa Kemangkatan_dan_pemakaman_Almarhum_Sultan_Abdul_Halim_Mu'adzam_Shah

  •  Malaysia: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merafak sembah takziah atas pemergian Almarhum Sultan Abdul Halim. Beliau berkata, "Patik secara peribadi dan bagi pihak Kerajaan Persekutuan dengan penuh kesedihan merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Negeri Kedah. Semoga roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah".[49]
    • Timbalan Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan baginda.[50]
    • Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak merafak sembah di laman Twitter beliau takziah dengan catatan, "Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat. Al-Fatihah".[51]
    • Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi bin Harun merafak sembah takziah kemangkatan DYMM Sultan Kedah mewakili semua warga Polis Diraja Malaysia.[52]
    • Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Aziz Kaprawi merafak sembah takziah ke atas kemangkatan KDYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Sultan Badlishah dalam Twitter beliau.[53]
    • Dewan Rakyat: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Kedah dan bacaan al-Fatihah sebelum sidang Mesyuarat Ketiga bagi penggal kelima Parlimen Ke-13 bermula.[54]
      •  Kedah: Cucunda Almarhum Sultan Kedah, Raja Sarina Iskandar berkongsi catatannya dalam akaun Instagram baginda mengenai kemangkatan Almarhum nenda baginda. Baginda bertitah, "Dedikasi Tuanku kepada Kedah dan Malaysia memberikan inspirasi kepada saya ketika membesar. Ketika Tuanku ditabalkan sebagai Agong buat kali kedua pada usia 83 tahun, saya ikut tinggal bersama di Istana Negara. Ketika itu saya lihat pertama kali kehidupan di sebalik tabir Tuanku".[55]
      •  Johor: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah merafak takzim belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.
        • Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah dan takziah buat Sultanah Haminah Hamidun, puteri-puteri serta seluruh kerabat diraja Kedah.[56]
      •  Kelantan: Menteri Besar Kelantan merafak sembah takziah atas kemangkatan baginda. Beliau berkata dalam satu kenyataan, "Patik menyatakan rasa dukacita dan sedih serta merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan Tuanku Abdul Halim. Sesungguhnya baginda telah memayungi rakyat jelata dengan seadilnya dan menjaga keizzahan agama Islam dimercunya. Patik berdoa semoga Allah mencucuri rahmat dan maghfirah ke atas roh baginda dan menempatkan baginda di syurga-Nya bersama para golongan yang diredhai".[57]
      •  Melaka: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Beliau berkata, "Almarhum Tuanku merupakan seorang Raja yang berjiwa rakyat dan disanjung tinggi dalam tempoh menyandang jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal, dan juga sebagai Pemerintah negeri Kedah".[58]
      •  Negeri Sembilan: Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, "Kami berdoa agar roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh".
      •  Perak: Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menitahkan semua bendera di negeri Perak dikibar separuh tiang sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj.[59]
      •  Pulau Pinang: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Kedah.
      •  Sabah: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman merafak sembah takziah atas pemergian Almarhum. Beliau berkata, "Kami juga berkongsi rasa dukacita dan sedih ini bersama-sama dengan kerajaan negeri dan seluruh rakyat Kedah atas kemangkatan almarhum Tuanku. Kami mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para hamba-Nya yang beriman dan dikasihi."[60]
      •  Selangor: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, merafak takzim takziah kepada kerabat diraja Kedah dan rakyat jelata Negeri Kedah dalam catatan Facebook baginda.[61]
        • Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merafak sembah takziah kepada Sultanah Kedah dan paduka anakanda baginda. Beliau berkata, "Almarhum baginda banyak menyumbang jasa kepada Persekutuan dan negeri Selangor sepanjang tempoh menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dan Yang di-Pertuan Agong ke-14. Kerajaan negeri dan rakyat Selangor bersama dengan seluruh rakyat Kedah merasai akan kehilangan raja pemerintah Kedah Darul Aman yang aktif, berjiwa rakyat dan disayangi ramai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini."[62]
      •  Terengganu: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi beliau turut mengutuskan ucapan takziah kepada seluruh ahli kerabat Diraja Kedah. “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhum dan ditempatkan oleh Allah SWT di kalangan para aulia, syuhada dan solihin,” katanya yang turut mewakili seluruh rakyat Terengganu.[63]
  •  Amerika Syarikat: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam akaun Facebook rasminya mencatatkan: "Kedutaan Amerika Syarikat melahirkan perasaan sedih dan merafak takziah Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun dan keluarga Diraja Kedah, kerajaan negeri Kedah dan rakyat Kedah Darul Aman atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah."[64]
  •  Australia: Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith, merafak sembah takziah kepada kerabat Almarhum Sultan Abdul Halim dalam akaun Twitter beliau.[65]
  •  Brunei: Pengiran Muda Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Sultan Hassanal Bolkiah, merafak takzim takziah kepada kerabat Almarhum Sultan Abdul Halim dan rakyat jelatanya atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah dalam akaun Twitter rasmi baginda.[66]
  •  China: Konsulat Jeneral Malaysia ke China merafak takziah di atas kemangkatan KDYMM Sultan Kedah.[67]
  •  Croatia: Kedutaan Republik Croatia di Malaysia dalam akaun Facebook rasminya menzahirkan duka cita atas pemergian Almarhum Sultan Abdul Halim.[68]
  •  Ecuador: Kedutaan Ecuador di Malaysia merafak sembah takziah atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.[69]
  •  Finland: Kedutaan Finland dalam akaun Facebook rasminya menyatakan: "Kami amat sedih atas kemangkatan DYMM Tuanku Abdul Halim. Doa dan ingatan kami terhadap keluarga Diraja Kedah dan rakyatnya."
  •  Hungary: Kedutaan Hungary turut merafak takziah kepada keluarga diraja Kedah dan rakyat negeri serta seluruh rakyat Malaysia atas kemangkatan Sultan Abdul Halim, Yang di-Pertuan Agong Kelima dan ke-14 Malaysia.
  •  Indonesia: Kedutaan Malaysia di Jakarta merafak sembah takziah atas kemangkatan Kebawah DYMM Sultan Kedah.[70]
  •  Itali: Kedutaan Malaysia di Itali menzahirkan rasa duka cita atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.[71]
  •  Jerman: Duta Jerman ke Pakistan, Martin Kobler merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Kedah dan telah menandatangani buku belasungkawa DYMM Almarhum Sultan Abdul Halim.[72]
  •  Kanada: Warga Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver merafak sembah takziah di atas kemangkatan Kebawah DYMM al-Sultan Almu'tasimu Billahi Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.[73]
  •  Kemboja: Duta Kemboja ke Kuwait menjadi orang pertama untuk menandatangani buku belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedutaan Malaysia, Bandar Kuwait.[74]
  •  Kesatuan Eropah: Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, Maria Castillo merafak sembah takziah dalam laman Twitter atas pemergian Almarhum Sultan Abdul Halim.[75]
  •  Kuwait: Buku belasungkawa dibuka atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selama tiga hari di Kedutaan Malaysia, Bandar Kuwait.[76]
  •  Maldives: Presiden Abdulla Yameen Abdul Gayoom telah mengutuskan surat belasungkawa kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, berikutan kemangkatan Sultan Tuanku Abdul Halim.[77]
  •  New Zealand: Buku belasungkawa dibuka atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedutaan Malaysia, Wellington.[78]
  •  Oman: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said berkenan menghantar kawat belasungkawa kepada Sultan Muhammad V atas kemangkatan bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah. Dalam kawat baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan belasungkawa ikhlas dan simpati kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan rakyat Malaysia, berdoa kepada Allah Yang Maha Agung untuk menyemadikan roh Almarhum dengan aman dan mengurniakan kerabat diraja Almarhum kesabaran.[79]
  •  Perancis: Kedutaan Malaysia di Perancis menzahirkan penuh hiba atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.[80]
  •  Romania: Buku belasungkawa dibuka atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedutaan Malaysia di Bucharest.[81]
  •  Singapura: Pemangku Presiden Republik Singapura, Encik J. Y. Pillay, dan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong mengutus surat belasungkawa kepada Sultanah Haminah Hamidun atas kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim.[82]
  •  Taiwan: Wakil Kerajaan Taiwan menandatangani buku belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Taipei.[83]
  •  Turki: Konsulat Jeneral Turki menandatangani buku belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedutaan Malaysia, Vancouver, Kanada.[84] Kedutaan Turki di Malaysia menzahirkan rasa duka cita atas kemangkatan Almarhum.
  •  Turkmenistan: Kedutaan Malaysia di Turkmenistan merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Kedah atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.[85]
  •  Ukraine: Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo, menzahirkan rasa sedih atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah. Beliau menulis dalam laman Twitternya, "Sangat sedih dengan berita kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim. Pemimpin hebat yang berkhidmat kepada negara dan telah menawan hati rakyat".[86]
  •  United Kingdom: Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur dalam akaun Facebook rasminya turut melahirkan perasaan sedih dan mengucapkan takziah kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim.[87]
  •  Vietnam: Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri menandatangani buku belasungkawa dibuka atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedutaan Malaysia, Hanoi.[88]
  •  Zimbabwe: Timbalan Menteri Luar Negeri menandatangani buku belasungkawa atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedutaan Malaysia.[89]

Orang terkenal

  • Tony Fernandes merafak sembah takziah kepada ahli kerabat diraja Kedah dalam catatan Twitter. Beliau berkata "Baginda ialah pemimpin yang baik dan rendah diri".[90]
  • Datuk Lee Chong Wei merafak sembah takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah dalam catatan Facebook rasmi beliau.[91]
  • Datuk Siti Norhaliza[92]

Syarikat utama

  • AirAsia merafak sembah takziah kepada DYMM Sultanah Kedah dan kerabat diraja Kedah atas kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam catatan Twitter rasmi.[93]
  • Astro Awani menggelapkan kelabu logonya di laman sosial Twitter.
  • ntv7 menggelapkan kelabu logonya di laman sosial Twitter.
  • Penerbangan Malaysia merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Kedah atas kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam catatan Twitter rasmi.[94]

Akhbar tempatan

Berita Harian, New Straits Times dan beberapa akhbar lain menggelapkan halaman depan akhbar berwarna kelabu.

Rujukan

WikiPedia: Kemangkatan_dan_pemakaman_Almarhum_Sultan_Abdul_Halim_Mu'adzam_Shah http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/peperiksaan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bendera-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jalur-ge... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-k... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-k... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-k... http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgenera... http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgenera... http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php...